Ahli Parlimen Pakatan Harapan terus mempersoalkan nilai bantuan makanan yang diagihkan kepada golongan miskin yang terjejas dari pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.<br /><br />Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang dipetik oleh The Malaysian Insight berkata beliau menerima 250 bungkus makanan dan masing-masing bernilai sekitar RM85 sahaja<br /><br />Meskipun Jabatan Kebajikan Masyarakat mendakwa hampir 10 peratus daripada jumlah RM100 dipotong untuk membayar kos pembungkusan dan pengangkutan, Fahmi menyifatkannya sebagai tidak wajar.